Thursday, 30 July 2015

Opnieuw Beginnen



 The sky looked so dark and dull, just like they were in my position to make decision. I held a long heavy breathe. I sat down on the bench, playing with my fingers thinking what tomorrow might bring. I tried to recall back all memories that we had together; just to check. Yes I still remember them and yet still cherished for them just like it was only happened yesterday. I look up to the sky, try to look out for stars and found nothing. Naked teary sky, I cursing in my head.

Suddenly I begin to feeling lost in my own thought. Somehow it turned into a pathetic sobs. This is not what should be exactly happen. But in reality, thats what happen and there's nothing else to do to change it.


When did you started to be really afraid?
You’re afraid of the imaginary monster chasing behind
Scared you to death that you run out of breathe 

Run –
Sometimes you had the thought of
stopping and let the monster eat you fresh alive
From outside tearing apart
And inside it goes, eating the decomposed heart and soul
rotten thought and brain mold
The stagnant blood river
Maybe that’s all what people will found
Because that’s all what will left

....

There is a very famous quote from John Green about life; “you don't remember what happened, what you remember becomes what happened”. So for any couple that just had into a fight, how about the rethink again of what had just happened. For those who have something to say to someone but have no gut to tell them, I believe you will regret the words that you’ve left unsaid until the day that you die.  :')

"That's the thing about pain, it demands to be felt".The Fault In Our Stars

Thursday, 11 June 2015

:')


Orang kata benda paling sakit dan seksa lepas sayang kat somebody tu adalah breaking up. Menangis tahap boleh tadah air mata tu dalam baldi buat mandi. Rasa nak jerit, rasa kosong. Rasa macam roh kena tarik, jadi jasad takde nyawa. Tapi bagi aku, breaking up tu mediocre je, tak perit sangat. Kau nak tahu pebenda lagi sakit dari putus cinta?

Move on.

Fasa paling dibenci. Masa ni la semua lagu cinta kau caci, semua novel jiwang kau campak tepi, kalau jalan KL nampak couple pegang tangan rasa nak maki. Pantang kau sensorang aja terus meroyan. Balang tubuh kau penuh tenaga negatif. Ada ke orang gila yang suka fasa moving on? Ada. Maybe orang yang mintak break up tu kot. Haha! Okay tak kelakar.

Makan, tidur, online, meroyan, menangis. Repeat that all day, rutin kalau tengah move on. Pastu stalking. Itu perkara biasa. Kalau boleh, ada satu tab memang bukak Twitter / Facebook ex kau tu aja. Sendiri cari pasal, pastu sakit hati. Pastu depress. Ah, perkara normal betei. Tipulah kalau kau baru break-up pastu boleh bangun pagi muka ceria. Itu bukan manusia. Atleast kalau orang yang mintak break-up tu pun konfem la ada text sekali dua konon cakap rindu. Tak payah nak tipu, mesti ada punya. Pastu kau pun tertipu, gembira layan konon rindu dia tu petanda ada harapan nak get back together. Hahaha good luck with that.

Esok lusa tetiba masa kau stalk dia, ada gambar sweet dia dengan boyfriend/girldfriend baru. Ooppss, bantal kau pun masih basah lagi menangis sebab dia, memang lencun balik la jawabnya. Benda macam ni boleh buat orang jadi gila, kan? Takpe, aku sarankan kau chill aja dulu.


Kalau dalam fasa nak move on ni , ada certain things yang kau boleh / tak boleh buat. Aku boleh senaraikan fasa-fasa tersebut kepada lima.

First of all, get a clean break! Fasa pertama macam ni memang paling perit, ye aku tahu, sakit dia macam makan makanan pedas time panas-panas. Air mata jatuh automatik, you just can't help it. Tapi siapa cakap senang? But it's the right thing to do! Unfollow terus, unfriend kat Facebook, buang contact, delete conversation, alihkan semua barang masuk dalam kotak, letak tepi. Buat apa mengenang yang lama? Nanti kau sendiri yang sakit kan? 

Second, look good, feel good! Wajib kena naik kan self-esteem, be confident about yourself. Be nice to everybody, kalau boleh tweet setiap pagi " Goodmorning sunshine! " Untung kalau korang kaya, pergila shopping. Change your hairstyle, change your wardrobe! Pastu cuba cuba lah kau pergi exercise. Ini memang gerenti lepas stress, and you will look good too! :D Lagipun, when you look good pastu tetiba jumpa ex kau berkepit dengan girlfriend / boyfriend baru, takdelah rasa malu kan? Siap boleh berlagak lagi wehhh hhmmpph! 

Third, insert new people in your life. Orang cakap kalau nak move on ni, kena cari rebound. Eh, tak semestinya. Rebound ni keji, kejam nokhorommm, aku nasihatkan jauhi la, tambahkan dosa kau aja. Why not kau pergi keluar, make new friends, and just socialize? Tak payah nak pressure diri cari relationship baru. Remember, don't be a desperado! Just keep in mind, jangan bersendirian. Nanti kang meroyan haaa.

Fourth, discover new things! Make some time for yourself. Go travelling ke, roadtrips dengan kawan ke, or just drive somewhere far and random. Aktiviti yg aku paling sarankan adalah keluar buat foodhunting je! :D Durian crepe, Wondermilk, Dip n Dip, makan je semua, go and eat at places yang kau tak pernah makan lagi. Buy a ticket to a concert, have some fun, go backpacking ke. Get some adrenaline rush, baru semangat sikit kan hidup. Jangan jadi lifeless je duduk menangis kat rumah!

Dan yang terakhir sekali, kau kena ingat. Dalam dunia ni mana ada yang kekal kecuali Tuhan. Kalau yang bertunang pun boleh putus, yang berkahwin pun boleh cerai, anything is possible. Bawak-bawak la mengucap, putus cinta bukan tanda dunia dah kiamat. Sebelum kau jumpa dia, boleh je kan kau hidup? Jangan fikir banyak. Lepaskan aja dia yang nak pergi, kalau nak merayu meroyan pun takde guna. If it's meant to be, then it will be. Ayat paling cliche untuk situasi begini : Kalau ada jodoh, takkan kemana. 

Dah dah la tu. Lap air mata.
Jadi kuat, okay? S.S


Wednesday, 10 June 2015

Cerpen PLU~Stethoscope Milik Kita 9


Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilikku. Fikiranku kusut. Berita yang baru aku terima sebentar tadi cukup membuatkan duniaku bergegar. 

Tidakku sangka Umiku akan membuat keputusan yang terburu-buru seperti itu. Aku dilayan seperti anak kecil . Aku betul-betul tidak berpuas hati..

“ Umi dah pergi buat pinangan tu…” Kata-kata Umiku di talian telefon sebentar membuatkan jiwaku tiba-tiba sesak.

“ Umi..kenapa umi tak bincang dengan Farish dulu? Kahwin ni bukan boleh dibuat main-main…” Kataku tidak puas hati .

“Farish, dengar cakap umi. Farish bukan muda lagi. Kira baguslah ada orang nak terima pinangan anak umi ni. Lagipun keluarga pihak perempuan tu dari keturunan baik…” Ibuku bertegas.

“ Umi..Farish tak kenal pun dengan budak perempuan tu. Macam mana Farish nak kahwin dengan perempuan yang Farish tak cinta…” Rungutku. 

Terasa mahu saja aku pulang segera ke kampungku untuk berdepan dengan ibuku, mahu membincangkan hal ini secara berdepan .

“Tak kenal maka tak cinta sayang…umi yakin pilihan umi tepat. Budak perempuan tu pun memang suruh ibu dia carikan jodoh untuk dia. Kira anak yang baik la tu…” Pujuk ibuku lembut.

Aku semakin tidak senang duduk. Sungguh tidak masuk akal!

“ Umi…Farish tak setuju la umi..tolonglah jangan paksa Farish macam ni…”

“Farish…janganla nak malukan umi..Depa dah setuju dah. Tarikh pertunangan tu pun dah ditetapkan…”

“ Tapi Farish belum bersedia…”

“ Haii anak umi ni..tak tahulah bila nak bersedia…umur dah nak 26 tahun, masih tak nak kahwin-kahwin lagi…” marah ibuku.

“ Apa ni umi..Farish muda lagi la..Farish baru je naik jadi MO (Medical Officer)..bagilah peluang Farish selesa dengan kerja Farish dulu…” rayuku lagi.

“Farish..umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Keputusan ini adalah muktamad!” Tegas ibuku lantas meletakkan ganggang telefon.

Aku terkedu. Ya Allah…dugaan apa lagi ni. Tak ada angin tak ada ribut..tup-tup kena paksa kahwin. Tolonglah..aku betul-betul belum bersedia. Berdosakah aku andai aku menikahi perempuan itu ya ALLAH. Adakah aku sanggup untuk menipu perasaanku selama-lamanya. Ya ALLAH, bantulah hambamu ini...

*****

“ Aik, apasal monyok semacam je ni? Macam Ibu kucing hilang anak je ni?” Tegur Jeffry tiba-tiba. 

Aku memandangnya sekilas kemudian terus menyambung menunganku.

“Farish..kenapa ni? Any problem? Tak nak share dengan aku ke? Cer citer sikit…” Soal Jeffry sambil melabuhkan punggung disebelahku.

“ Kalau aku cakap, kau jangan pulak nak gelakkan aku tau..” jawabku malas.

“ Kau tak cakap lagi, macam mana aku nak gelak…” kata Jeffry sambil ketawa kecil.

“ Tengok tu..belum apa-apa lagi dah gelak..” Marahku.

“ Okay..okay..I’m serious..aku janji tak kan gelakkan kau. Cakap lah, apa dia?” Jawab Jeffry. Tawanya terhenti seketika.

“ Aku kena paksa kahwin..”

“What?! Are you kidding me?” Jeffry mula ketawa terbahak-bahak. Aku menjeling geram. Tengok, mungkir janji dah!

“Tapi kau kan... Errr ” ucap Jeffry lagi..

“Aku tak buat lawak lah..it’s true! Ni aku tengah tension ni!” Gertakku. Tawa Jeffry mula mengendur.

“ Macam mana boleh jadi macam ni? Macam tak percaya je Dr.Farish yg macam ni nak kahwin..” Jeffry ketawa lagi...

“ Jeffry! Jangan buat aku lagi tension boleh tak?” Marahku.

“Wow..wow..okay Dr.Farish…back to the topic. Siapalah perempuan bertuah tu?”

“ Entah..aku tak tahu siapa perempuan tu..”

“ Eheh biar betul…tak kan kau tak kenal langsung. Tengok gambar ke?” Soal Jeffry menduga..

“ Entah..aku pun malas nak ambil tahu. Kau tahu tak bulan depan umi aku suruh aku bertunang dengan dia.Gila!” Bentakku.

“ Lah..apa susah, tolak je la awal-awal. Habis cerita..”

“ Oit..kau ingat umi aku macam parents kau ke. Dia tu kalau dah kata A, memang A lah jawapannya…kalau Z memang Z lah jugak…aku tak boleh bantah. Benci!” Rungutku. Sungguh,hatiku benar-benar panas kini.

“ Tak ada la..tak kan la kau nak kahwin dengan perempuan yang kau tak pernah kenal atau jumpa. Tak ke pelik tu.. Lagipun, kau kan... ” kata-kata Jeffry terhenti lalu jeffry memandang tepat kemataku..

“ Itulah masalahnya sekarang…aku pun dah pening kepala fikir pasal ni.. Aku dah tak tau nak buat apa!”

“ Habis tu Dr.Firash kau nak buang kat mana?” Aku terkejut dengan soalan Jeffry yang tidak aku sangka-sangka.

“ Heh kau ni..apasal tiba-tiba muncul nama Dr.Firash ni? Apa kena-mengena dia dengan masalah aku sekarang?” Soalku menduga.

“Yelah, aku dengar mak Dr.Firash dah jadi Mak angkat kau sekarang, betul ke?” “Ada chance lah kau lepas ni kan?..”  Jeffry bertanya dengan nada serius.

“ Jeffry, time ni jugak kau nak buat gosip liar ek…please la weyh..aku dah la tengah tension gila ni..ko makin nak buat aku tension!” Aku membentak. Jeffry ni memang sengaja nak sakitkan hati aku.

“ Chills la bro…aku tanya je sebab masa kita pergi kenduri doa selamat hari tu, semua orang cakap-cakap pasal bende ni.. ” Kali ini sepertinya Jeffry tidak bergurau.

“ Mengarut..semua tu mengarut! Dr.Firash tak pernah cakap apa-apa dengan aku , apa lagi nak bercinta... Dan aku x mengharapkan apa2 pun dari dia..!” Marahku semakin tidak terkawal.

“ Betul Farish..aku tak tipu…” Jeffry menekankan kata-katanya.

“ Dah la tu Jeffry, boleh tak kau simpan je gosip kau tu. Aku dengan dia tak ada apa-apalah!” Marahku lagi.

“ Yelah..yelah..aku percaya korang tak ada apa-apa…kok ya pun marah jangan la sampai nak patahkan pen aku…aku nak menulis pakai apa nanti?” kata Jeffry berseloroh.

Baru aku tersedar yang aku sedang mematahkan sebetang pen hitam milik Jeffry. Tak perasan!

****

Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni Dr.Firash berubah menjadi dingin kembali. Jadi marah-marah tak tentu pasal padaku. Dia berubah menjadi Dr.Firash yang dulu.

Ternyata dia cuma baik denganku hanyalah untuk seketika. Dia seolah-olah betul-betul tidak senang hati apabila melihat wajahku di wad itu. Ada-ada saja yang tak kena. Aku pun naik hairan. Aku tak tahu apa salah aku padanya. Aku dah buat apa yang dia suruh tapi masih juga tidak memuaskan hatinya. Pelik betul la mamat ni. Senang sangat berubah angin mengalahkan perempuan yang nak period!

Hari ini aku terpaksa jua bertemu dengannya untuk meminta cuti. Aku terpaksa meminta cuti untuk pernikahanku yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan permintaan Umiku yang satu itu walaupun aku tidak pernah kenal siapa perempuan  yang bakal aku nikahi. 

Pertunangan baru-baru ni berlangsung tanpa kehadiranku kerana aku tidak dapat cuti. Dr.Firash berkeras tidak mahu bagi aku cuti walaupun satu hari . Katanya pertunangan itu tidak penting, yang penting pesakit. Lebih lebih lagi ketika itu , doktor tidak cukup untuk oncall. Jadi cuti aku terpaksa dibekukan. Sakit hati betul.

“ Dr.Firash..boleh ke hujung bulan 12 nanti saya nak mintak cuti?” Soalku sebaik sahaja berada dalam bilik Dr.Firash.

“For what?!” Soalnya kasar.

“ Cuti kahwin…” jawabku straight to the point.

“ Berapa lama?” Soalnya lagi. Matanya langsung tidak memandangku sebaliknya memandang surat-surat di tangannya.

“ 10 hari..”

“What?! Lamanya..nak buat apa? Nak pergi honeymoon sekali?” Soalnya sinis. Matanya terus berkalih ke arahku. Aku menunduk. Tidak berani bertentang mata dengannya.

“ Tak ada la..rumah saya jauh. Kalau naik flight terpaksa ambil 2 trip. At least satu hari suntuk baru sampai rumah…” jawabku jujur.

“ Kalau saya kata tak boleh, awak nak buat apa?” Soalnya menduga. Ish, main-main pulak dia.

“ Entah..”

“ Entah?? Sure?” Soalnya lagi..

“ Yes..sure..i’ll just follow your order..” aku menjawab malas.Jujur aku dah malas dengan semua ini.. Aku dapat mengagak yang dia tidak akan meluluskan cutiku sekali lagi.

“ Oklah…kalau macam tu saya tak luluskan cuti awak….cuti awak dibekukan sampai tahun depan..” jawabnya tegas.

“What?!” Aku terkejut. Tak kan lah. Kalau cuti aku dibekukan sampai tahun depan..maksudnya tahun ini aku langsung tidak boleh pulang kampung. Gila betul la bos aku ni!

“ Kenapa? Tak puas hati?” Soalannya amat menguji kesabaranku yang semakin menipis ni.

“ Yes..of course! Saya ada hak untuk cuti…bos tak boleh sesuka hati keluarkan arahan tak masuk akal ni..” aku membantah.

“ Tapi cuti kamu di tangan saya…saya ada hak untuk menentukan cuti awak diluluskan atau tak!” Dia bantah balik.

“ Tapi tak perlulah nak dera saya macam ni! You’re really unfair!” Kataku kasar. Ternyata aku benar-benar hilang sabar sekarang.

“ Jangan cakap kasar dengan saya!” Marah Dr.Firash. Aku mencebik.

“ Ok..I’m sorry..” jawabku pendek.

“ Ok..if nothing to be discussed, can you please go out from my room?” Aku menjeling tajam pada Dr.Firash. Boleh dia halau aku waktu ini. Eiii geramnya!

“ Ok, thank you for your concern..” jawabku sinis sambil terus mengangkat punggung untuk berlalu dari bilik itu. 

Hatiku benar-benar panas dengan kerenah Dr.Firash yang agak menjengkelkan itu. Yang paling aku geram, mahu mintak cuti kahwin pun susah. Ni kan pulak nak mintak cuti untuk balik kampung. Dr.Firash memang lelaki yang tidak berhati perut!

But deep down, aku bersyukur... Atleast, aku boleh bagi alasan kat ummi untuk tanggungkan perkahwinan tu .. Maybe xselamanya but sekurang-kurangnya aku ada masa.. Ada masa untuk berfikir sebaik-baiknya.. Atau mungkin masa untuk lari dari semua kekacauan dunia.. Ahh... Malas nk pikir..

****

Farish duduk sambil memegang belakang lehernya diatas kerusi panjang yg terletak di taman Hospital.. Dia lebih gemar menghabiskan masa rehatnya untuk berada ditaman itu berbanding mengisi perutnya. Bila dah penat bekerja, selera makan pun jadi tiada.. Kadang2 Cuma air mineral dan minuman isotonik yg menjadi pengalas perut.. Sungguh hari ini merupakan hari yg sungguh memenatkan baginya.. Mata dah memang serupa panda dek keran tidak tidur selama 2 hari suntuk... Memandangkan hari ini Farish bertugas di bahagian OPD (Out Patient Department), kepenatannya kurang dirasai kerana dapat melihat pelbagai kerenah manusia yang menjadi penghibur hatinya..
Sedang asyik Farish melihat kerenah anak2 kecil yg sedang bermain disitu, terdengar bunyi derap kaki menuju ke arah farish.

Farish terpaksa menarik dirinya keluar dari lamunan dunia apabila salam yg diberikan oleh seseorang tidak dijawab oleh sesiapa.

“Wa’alaikumsalam” Farish menjawab salam sebaik saja tersedar dari lamunannya, kemudian dia membetulkan duduknya dan melihat gerangan yg memberi salam itu tadi.

“Maaflah, Pak cik.. lambat jawab salam. Saya ingatkan Pak Cik cakap dengan orang lain tadi. Hehe” Jwab Farish jujur.

“Tak sangka pula orang duduk kat Taman boleh lupa dunia.” Lelaki separuh umur itu menyindir sambil tersenyum sinis.

“Biasalah Pak cik.. dunia saya ni memang dengan budak2 nie lah.. Hehe.. So bila tengok budak2 tu main, rasa seronok. Terhibur sikit”

“Hmmmm,kamu ni buat ape kat sini, duduk2 ke” Lelaki tadi menyoal dengan raut wajah tak bersalah.

“Agak-agaklah, pak cik.. takkan saya main polis entri kat sini kut?” Laju saja Farish menjawab, menyebabkan lelaki tadi ketawa kuat dan Farish menyengih.

Farish terkesima seketika bila melihat cara lelaki itu tersenyum dan ketawa. Hatinya berdegup kencang dan ingatannya berlari kearah seseorang yang jauh di mata.

“Saya Farish..” Farish memperkenalkan dirinya.

“Saya Ismail ,panggil saja Pak Cik Mail.” Lelaki itu turut memperkenalkan dirinya.

“Baeklah pak cik, apa yang boleh saya bantu?” tanya Farish ramah.

“Ehhh, xde lah.. Pak Cik saje je.. Duduk2 kat sini.. Tenang je.. Tengok budak2 tu haaa.. Seronok main2..”

“Pak cik, wajah dan cara pak cik senyum tu membuatkan saya rindu pada seseorang..” Farish membuka cerita, entah mengapa ringan saja mulutnya untuk bersembang.

“Ye ke, siapa orang yg istimewa tu?” Ismail berminat mendengar cerita jejaka yang sudah pastinya dapat memikat ramai gegadis dengan paras rupanya itu. Memang indah ciptaan ALLAH.. Daripada pandangan matanya, ada sesuatu yang menarik tentang budak lelaki ini. Hatinya rasa seronok dan bahagia bila jejaka ini berada dihadapannya walaupun baru pertama kali mereka bersua.

“Cuba pak cik lihat!” Farish mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya lalu diserahkan kepada Ismail.

Terpukau Ismail seketika bila melihatnya. Sungguh tak percaya, ada juga orang yang mirip sekali dengan wajahnya, Cuma berbeza dari segi usia saja. Patutlah Farish tadi nampak tercengang saja.

“siapa ni?” Ismail bertanya.

“Abang kembar saya, kembar tak seiras.”

“Mana dia?” Ismail jadi berminat untuk mengenalinya.

“Dia tak ada kat sini, masih belajar kat luar negara.” Farish memberitahu.

“Oh.... mcm tu, kalau ada kat sini boleh juga jumpa dengan orang yang mirip pak cik ni.”

“Dia tak balik walaupun kadangkala ada cuti. Sejak pergi dulu, belum pernah lagi dia balik. Maklumlah, pelajar kan.. Dia sibuk kot.. Sabar ajelah.” Bukan main ramah lagi Farish bercerita, macam sudah kenal lama.

“Ayah ada lagi?”

“Dah lama meninggal. Kata Umi, sejak kami dalam kandungan..”

“Oh.... pak cik tumpang simpati..”

“Alah, tak ada apalah, pak cik.... peristiwa dah lama sangat berlalu..”

“Tentunya susah kecil-kecil hidup tanpa ayah, kan?” Ismail bertanya.

“Biasalah, pak cik.... hidup sebagai anak yatim, mana senangnya..” Farish bercerita tentang riwayat hidupnya pada orang yang baru dia kenali tanpa rasa kekok dan segan. Padahal kawan-kawan pun, dia tidak pernah bercerita tentang kisah dan sejarah hidupnya. Rasa aneh yang ada dalam hatinya menyebabkan Farish berasa senang sangat untuk bercerita itu dan ini. Mungkin ini yang dinamakan chemistry.

Bila Pak cik Ismail pergi, Farish merasakan seperti ditinggalkan oleh seseorang yang dia sayangi. Rasa seperti kekosongan jiwa sewaktu Amar meninggalkannya dahulu. Sedih yang merantai hati. Mungkin juga kerana wajah Pak Cik Ismail tadi mirip sangat dengan Amar menyebabkan Farish merasakan dia ditinggalkan sekali lagi.

Alangkah seronoknya kalau ada ayah seperti orang lain. Dapatlah dia bermanja-manja dengan abah, dapatlah abah mengajaknya bermain atau bersukan. Sewaktu kecil dulu, dia selalu terkilan bila melihat rakan-rakan bersama ibu dan ayah mereka. Hatinya akan sedih sangat bila diejek oleh kawan-kawan dengan panggilan anak tak berbapa.

Saat itu, dia akan menangis sampai berjuraian air mata dan Amar akan memujuk sambil memeluknya dengan penuh kasih sayang. Sabarlah, kerana ALLAH lebih menyayangi abah dan kita patut bersyukur kerana masih ada umi yang menyayangi kita.

Ah.... Amar, bila kau nk balik? Dah lama aku membilang hari menanti kepulangan kau. Pulanglah, Amar! Selama ini, hidup aku terasa sepi dan kosong, seolah-olah kau telah membawa hati dan jiwa aku sekali. Aku masih seperti dulu dan Umi juga masih tidak brubah. Masih seperti dulu dengan jiwa kerasnya yang tidak mengenal erti lembut. Tiap kali aku bertanya tentang kisah Abah, Umi akan mengamuk dah marah-marah. Kenapa perlu marah pada orang yang dah tak ada? Besar sangat ke dendam Umi pada Abah? Sampai nama Abah pun tak boleh disebut-sebut. Kalau boleh biar terpadam daripada senarai nama umat yang pernah menghuni planet dunia ini. Aku menjadi keliru sebenarnya.

Amar, baliklah! Aku perlukan sokongan kau untuk menentang perkahwinan gila yang Umi aturkan untuk aku. Kadangkala, aku rasakan Umi saja nak kenakan aku sebab aku dulu kuat melawan dan melanggar perintahnya. Entahlah.... Aku tahu, tak baik berprasangka dengan mak sendiri, tapi sikap Umi yang begitu membuatkan aku sering berfikir yang bukan2..

Amar, baliklah! Aku betul-betul merindui kau. Menitis air mata Farish bila lamunannya berakhir dan rindu ini benar2 membuatkan dia keresahan. Seketika itu juga, ingatannya berlari pula pada Umi di kampung. Apa khabar, Umi? Sihatkah dia? Mungkin juga umi sihat sebab masa dia bercakap kat telefon tadi, Umi tak mengadu apa2 pun. Syukurlah, aku masih ada umi tempat mengadu dan berkasih sayang. Umi, Farish rindu Umi!

****

Beberapa tahun dahulu

Farish sibuk mengemas peralatan bengkel yang berselerak. Sementara menunggu keputusan SPM keluar, dia mengambil keputusan untuk bekerja di bengkel Pak Su. Sekurang-kurangnya, dapat bantu Umi beli barang dapur. Sambil mengemas, mulutnya becok mengomel itu dan ini. Dua orang pekerja lagi sibuk dengan kereta yang perlu dibaiki. Kereta itu perlu disiapkan dalam masa yang terdekat. Esok hari minggu, biasanya Encik Harith akan tutup kedai dan dia tidak akan menyimpan kereta pelanggan di dalam bengkelnya.

“Rish, apa hal kau ni? Xkan datang bulan kot? Asyik membebel aje dari tadi.” Zaki yang sedang membuat alignment tayar menegur.

Farish tidak menjawab sebaliknya menunjukkan penumbuk ke arah Zaki yang sudah pun tersengih.

Telefon berbunyi nyaring. Harith menjawab, seketika kemudian menjerit nama Farish. Farish meluru masuk ke pejabat Encik Harith.

“Apahal pak su panggil Farish?”

“Tolong pergi ke Jalan Duta. Ada kereta rosak tepi jalan.”

“Tak naklah... panas ni! Pak su ajelah yang pergi.”

“Aikk... ini dah lebih! Siapa bos?”

“Pak sulah...” Farish buat muka sekupang.

“Dah tu, nak kena potong gaji sebab melawan?” Harith mula tarik tali.

“Ah... tak acilah macam ni. Asyik nak potong gaji aje. Orang lain, tak pula. Tu... suruhlah Zaki atau Pian yang pergi,” protes Farish.

“Kau tak nampak ke dia orang tu tengah sibuk? Kau bukan ada kereta yang nak dibaiki pun, asyik membebel dari tadi. Naik cair tahi telinga aku mendengarnya.”

“Alah, pak su pilih kasih. Pian tu, tak pernah pun buat kerja kat luar. Asyik kerja dalam bengkel. Orang ni selalu saja yang kena pergi. Ini tak adil!”

“Adil kepala hotak kau! Tiap kali kau pergi bukan ke Pak Su selalu bagi elaun? Tak tahu nak bersyukur?” Harith pura-pura marah pada anak saudaranya yang banyak songeh.

“Ye ke?” Farish buat-buat lupa sambil menggaru kepala.

“Dah, cepat pergi! Dah lama customer tunggu. Buat kerja elok-elok jangan nak mengamuk tak tentu pasal, tak tentu hala. Ingat! Setiap customer adalah duit, fulus.... fulus.”

“Ah... pak su mata duitan!” Farish melaung sambil mengenakan topi keledarnya.

“Lebih baik jadi mata duitan, dari jadi mata keranjang.” Harith membalasnya sambil ketawa.

“Pak su ni sama saja dengan Encik Crabs dalam cerita kartun SpongeBob SquarePants yang famous tu. Asyik fikir duit saja. Cuba fikir macam mana nak buat kebajikan pula.” Farish mengomel.

“Weh... pergi ajelah. Naik bengkak anak telinga aku dengar kau membebel. Macam nenek tua.” Pian bersuara.

“Hei.... kau baik2 sikit. Karang x pasal2 aku repair anak telinga kau yang bengkak tu. Sedap kau ckp sbb bkn kau yg kena pergi. Dah naik berkarat muka aku asyik dok repair kereta tepi jalan aje.”

“Dah nasib kau, Farish. Kau yg suka cari penyakit, kan?” Pian dan Zaki gelak kuat dengan maksud yg tersendiri.

“Sudahlah, malas aku nak layan kau orang berdua. Buat sakit hati saja.” Farish melaung sambil menghidupkan enjin motosikalnya.

“Elok2 bawak motor, jgn merempit!” Halim menjerit ke arah Farish. Entah dengar entak tidak, bila kepala sudah disumbat dengan topi keledar.

Harith menggeleng kepala beberapa kali. Ntah nak jadi apa dengan anak buahnya yang sorang ni. Tak serupa orang langsung dan tak pernah makan saman. Perangai Farish yg kasar itu agak membimbangkan hatinya.

Farish berhenti betul2 di depan kereta yg rosak itu. Terkedu dia seketika bila melihat kereta putih yg tercongok di tepi jalan. Huh... naseb bek tepi jalan, kalau tengah jalan, lagilah haru.

Farish menghampiri kereta itu, meninjau dan mengintai ke dalam kereta. Tuan punya kereta tak pula nampak. Tiba2 terjengul kepala lelaki yg ntah dr mn. Kus semangat... terasa nak menjerit dan melatah saja kerana terkejut. Nasib baik minda dan akalnya sempat berfungsi. Mana boleh melatah,nanti tak macholah. Tak cool.... kata budak2 sekarang.

“Assalamualaikum!” Lelaki tersebut memberi salam.

Farish tidak dapat menjawab, kerongkongnya seperti tersekat. Matanya membulat macam orang tertelan biji durian mangko. Tiba2 Farish tersedak dan terbatuk2. Dia tertelan chewing gum yg selalu dikunyahnya. Dia menepuk2 dada. Kemudian, sebotol air dihulurkan kepadanya.Dengan rakus Farish mengambil, lalu diteguknya sehingga puas. Ah... lega!

“Sorry... buat awak terkejut sampai tercekik. Saya Firash Hamsyarie”

Firash menghulurkan tangan, tapi Farish mengangkat tangan dan menunjukkan tangannya yg bersarung itu kotor, maklumlah tangan mekanik. Lagipun ini bukannya sesi ramah mesra. Tapi yg pelik, Farish tidak berckp, sebijik mcm org bisu. Apa sudah jadi ni? Takkan terkejut sampai hilang suara? Firash tersenyum melihat gelagat mekanik muda dihadapannya, mungkin masih berumur belasan tahun. Nampak sangat budak ni seorang yg kelam-kabut.

Manakala Farish pula rasa nak tumbang serta-merta bila melihat sebaris senyuman yg terukir indah di bibir lelaki tersebut. Cukup indah dan menawan. Senyuman itu membuatkan lelaki kacak dihadapannya itu, bertambah-tambah kacak.

Ya ALLAH, aku tak pernah melihat lelaki yg handsome giler mcm ni. Selalunya, aku tak pernah ambil tahu tentang lelaki2 yg berada disekeliling aku. Kalau handsome sekalipun, hanya mata yg mengiktirafnya, tapi tidak sekali2 pada hati.

Kali ini, lain sangat. ‘Purefect’ . Memang asli punya sempurna. Terpukau seketika dia melihatnya. Rasa macam dalam mimpi. Atau umpama mimpi dalam mimpi pun ada. Agaknya perasaan teruja seperti inilah yg telah berlaku pada kalangan isteri pembesar2 Mesir pada zaman Nabi ALLAH Yusuf a.s. Sewaktu Zulaikha selaku ibu angkat kepada Nabi ALLAH Yusuf a.s mengajak Yusuf memenuhi cinta asmaranya yg sudah sekian lama bergelora. Tapi, Nabi Yusuf menolak bujukan cinta tersebut dan menjawab;

“Aku berlindung kepada ALLAH (dari perbuatan yang keji itu) ; Sesungguhnya, TUHANku telah memeliharaku dgn sebaik2nya; Sesungguhnya, orang2 yg zalim tidak akan berjaya.”

Bila hal yg berlaku antara Nabi Yusuf a.s tersebar ke seluruh kota mesir, Zulaikha menjadi geram dan marah kerana seluruh isteri pembesar Mesir menghina dan mencacinya. Lalu, dia menghimpunkan isteri pembesar2 Mesir dan diberinya sebiji oren dan sebilah pisau. Kemudian, disuruh Nabi Yusuf a.s menghadirkan diri di hadapan para isteri pembesar tadi.

Sebaik saja mereka melihat keindahan wajah Nabi Yusuf a.s, maka tercengang dan takjublah semuanya sehingga dalam tidak sedar, mereka telah melukakan tangan mereka sendiri sambil berkata: “Sesungguhnya, jauh ALLAH daripada segala kekurangan. Ini bukanlah manusia, tapi tidak lain, malaikat yg mulia.”

Zulaikha berkata kpd mereka, inilah org yg kamu cerca dan tempelak aku dahulu. Bayangkanlah dia berada di hadapanku dari kecil sampai dewasa.

Firash memetik jarinya beberapa kali untuk mengejutkan Farish daripada lamunan.
Farish mengedipkan mata seolah2 dia baru terjaga dari dipukau. Wah.... dahsyat sungguh keterujaan ini sehingga menghilangkan kewarasan. Farish ketaawa dalam hati kerana kebodohannya. Seumur hidupnya, dia tidak pernah berkelakuan seperti ini. Farish mrenung ke dalam dirinya, alangkah jauh bezanya antara mereka berdua. Rasa malu menyelinap di lubuk hatinya dengan tiba2. Segala kekurangan dirinya perlu disembunyikan.

“Aaa... aaa...” Farish berlagak seperti org bisu. Alang2 dah bisu tadi, jadilah org bisu sekejap. Tentu seronok merasai pengalaman baru ini.

“Apa? Saya tak faham.” Firash mengerutkan dahinya. Kasihan, dia bisu rupanya! Firash merenung ke arah Farish yg masih bertopi keledar. Farish menundukkan pandangannya.

Farish berbahasa isyarat menggunakan tangan bertanyakan knp dgn kereta ini.

“Tak tahu, enjin mati tiba2.” Firah memberitahu.

Farish mengangguk, tanda faham. Firash mengerutkan dahi tanda pelik, bukankah kalau org bisu selalunya pekak. Budak lelaki ni bisu, tapi blh dengar.

Farish sedar dia sedang dinilai oleh sepasang mata yg culas melihatnya ke atas dan ke bawah. Pelik sngt ke? Kemudian, dia meluru pergi ke depan untuk membuka boot dan melihat enjin.

Seketika itu, Farish menjerit kerana terkejut, tapi masih dlm kawalan. Maklumlah org bisu. Firash ketawa kuat melihat telatah Farish yg trkejut bila tiada enjin pun di boot hadapan kereta. Memanglah mangkuk! Enjin kereta Volkswagen Beetle ada kat belakang, bukannya mcm kereta biasa. Macam x biasa pulak.

Firash membuka boot belakang utk membolehkan Farish melihat dan memeriksa keadaan enjinnya.
Dengan semangat dan kepakaran yg ada, Farish memulakan kerja. Mengusik dan menyentuh mana2 yg patut, mencabut dan mencucuh semula apa yg dia tanggalkan. Mengetat mana2 yg longgar. Buat kata pomen veteran; rodi sana,rodi sini. Tapi bila start semula enjin, tak juga mau hidup. Hish.... Kacau betul!

Farish mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar overallnya yg berwarna biru gelap. Kemudian, dia membuka sarung tangan yg dipakainya utk memudahkan dia menekan butang2 keypad yg kelihatan pudar itu.

Dalam diam, Firash memerhati. Tidak sangka tangan mekanik ni cantik dan bersih. Selalunya tangan mekanik pasti hitam dan kotor serta berminyak. Kadang2 tengok pun geli. Tapi, mekanik sorang ni lainlah pula. Mcm x sesuai jd mekanik. Buat kerja pun nmpk x pandai mn. Dari td dok kobek itu, kobek ini, tapi enjin x hdp. Jgn jd tikus baiki labu sudah... Firash mengeluh dlm hati.

Tiba2 mamat mekanik yg bisu itu mengangkat muka dari melihat telefon bimbitnya. Pandangan mereka bertemu. Firash naik seriau. Mamat ni betul ke tak? Lain mcm je aku nengok.

Firash menoleh ke arah lain, memerhati kereta yg sedang bertali arus, sedangkan Farish sibuk menekan2 butang handphonenya.

Bos, kereta tak mahu hidup, camna ni? Mesej dikirim dan dia menunggu utk dibalas.

Dah chech motor starter?

Dah, semuanya baik, tapi minyak pada kaburator dah melimpah.

Kena cucilah.

Tapi mana cukup alat, bos. So camne?

Cuba dulu dengan pijak pedal minyak sepenuhnya, jalankan motor starter. Kalau x berjaya juga kena bawa bengkel.

Yes bos.

Farish menutup hpnya.

Legat Firash memerhatikan Farish. Apa ke hal mamat ni? Siap main msj2 lagi. Nak repair kereta ke, x? Aku dahlah lambat ni, dia main2 pula. Ingat apa?!

Farish melakukan seperti apa yg disuruh olh Pak sunya, tp malangnya x berjaya juga. Dua tiga kali dicuba, but still x berjaya. Dah sah kereta katak ni nak kena tunda ke bengkel. Farish mengeluarkan hpnya sekali lg, lalu menghantar msj.

Bos, si katak ni tak mahu jalan.

Katak mana pulak? Mesej dibalas.

Lembab betullah bos ni, Volkswagen Beetle cabuk!

Nantilah pak su hantar kereta tunda. Yang kau ni apa pasal asyik main msj jek, ckp trus, kn senang? Kenapa, kedekut sngt dgn kredit?

Dah bisulah, bos.

Pasai apa pulak bisu? Tadi elok jek suara.

Tak ada apa2lah bos. Farish senyum sendiri dgn lakonan terbarunya.

“Eh, bro... sekarang ni awak nk repair kereta atau nk main msj? Saya dah lama kering tepi jalan ni, tau! Lagipun sekejap lagi Class saya nk mula.”

Terpanggung kepala Farish bila mendengar lelaki kacak tadi mula naik angin. Rasa tercabar pun ada. Kalau x tahu apa2, jgn bising. Farish mengeluarkan buku nota kecil dan pen yg selalu ada dlm seluarnya, lalu menulis sesuatu dan diserahkan kpd tuan punya kereta.

Kereta encik x blh dibaiki kt sini. X ada alat, kena bawa bengkel. Kejap lg kereta tunda sampai.

Terkejut Firash membacanya. Dah main tunda2 ni, mesti kes berat.

“Apa masalahnya?” Firash bertanya cemas.

Kaburator tersumbat. Terpaksa kene bawa ke bengkel, acanner?

Farish menulis lagi dan Firash membacanya. Riak resah mula menyelubungi wajah kacak itu. Kemudian, Firash mengeluarkan telefon pintarnya dan mula bercakap2 dgn seseorg sambil berjalan ke hulu ke hilir.

Naik juling mata Farish melihat dan sampai mengantuk menunggu keputusannya. Takkan lama benar berbincang dgn segala kaum kerabat? Masaklah aku mcm ni! Tengah2 panas mcm ni mulalah ngantuk, mata x blh nk celik. Sengkang dgn bilah mancis pun, x dimahunya. Jadi, sebelum penyakit pelik aku datang lebih baik buat keputusan. Senang aku nk beredar. Farish menulis sesuatu lalu diserahkan kpd Firash.

Bro.... nk bincang masalah negara atau nk repair kereta?

Nah... ambek sebijik kau, tadi mengata aku.

Firash membaca lalu tersengih sambil mengangkat tangan suruh bersabar.

“Jeffry, boleh tolong ambil aku tak?” Sudah puas dia menghubungi kawan2 yg blh membantu, ttp hampa belaka. Semuanya sibuk dgn tugas masing2. Nak mintak bantuan siapa ya?

“Kau kat mana?”

“Ni, hah... jalan Duta. Kereta aku mogok!” Kedengaran Jeffry ketawa.

“Itulah, nasihat aku kau tak pernah nak dengar. Sorry bro.. aku kat Putrajaya. Tak dapet den nk nolongnye...” Jeffry ketawa lagi.

Sakit hati dan brbulu Firash mendengarnya. “Kalau dah x dpt nk tolong, jgnlah perli2 pulak. Ingat apa! Itu x ada timbang rasa namanya. Kau mmg nk kena dgn aku! Habis, aku ni mcm mn?”

“Bro, naik teksi ajelah. Itu pun nk kene ckp ke?”

“Wei, mamat! Kalau ada teksi, taklah jadi masalah. Tak adalah aku called kau. Ini sebijik teksi pun tak ada. Apalah...”

“Kalau mcm tu, minta tolong dgn mekanik yg ada kat situ. Minta dia hantarkan kau balik uni sekejap. Aku rasa tak ada hal punya. Habis2, dia charge sekali dgn bil repair kereta.”

“Ya x ya juga. Bijak kau.... terima kasih sbb bg idea, itu pun kalau budak tu nak. Kalau x, jalan kaki lah aku nampaknya.”

Firash mematikan panggilan dan menghampiri mekanik muda yg sedang bersandar dalam kereta. Eh... dah buat macam harta bapok die pulok. Bukan main sedap lagi dia lepak dalam kereta aku, siap tutup muka dgn topi lagi.

“Bro!” panggil Firash. Diam jee. Firash panggil lagi, diam juga. Ini x blh jd ni. Firash menyelak topi yg menutup muka Farish. Huh.. tidur rupanya. Pelik! Pelik! Tengah hari rembang, dan matahari tengah tegak atas kepala pun blh tidur? Mengantuk sngt ke? Firash ketawa. Ada juga org yg lebh pelik drpd aku.

Sebaik saja mendengar suara org ketawa, Farish pun terjaga.

“Mcm ni, bro.. kereta saya tu biar kereta tunda bawa ke bengkel awak, dan saya nk mintak tolong awak hantar saya balik ke uni sbb saya ada class pukul 2 karang. Boleh x?”

Farish termenung seketika, kesian pulak tengok mamat ni. Umi aku taka, x baek hampakn harapan org lain sedangkn dia benar2 terdesak, takut ALLAH balas kita dgn dihampakan pula oleh org lain di saat kita amat memerlukan pertolongan. Kira okeylah! Aku tolong ni kerana ALLAH dan teringat pesanan Umi aku. Farish mengangguk setuju.

Firash menghela nafas lega. Tak sangka mamat bisu ni ada hati dan perasaan. Zaman sekarang ni bukan senang nak dapatkan pertolongan daripada orang yg kita x kenal.Kadangkala org yg kita kenal pun belum tentu sanggup utk menolong, apatah lg berkorban utk kita. Semoga ALLAH memberikan kebaikan yg banyak utk si bisu nie.

Membonceng motor si Farish ini amat menakutkn. Sah, si Farish ni kaki rempit. Kalau kat selekoh tu mmg corner rayap punyalah. Rasa nk tercabut segala jantung, hati dan pedal. Siap wheelie lagi. Geram betul. Nak bunuh diri ke, apa si bisu ni?

Farish melihat jam ditangannya menunjukkan pukul 1.35 petang. Tak tahulah, mamat kat belakang ni sempat sampai sebelum pukul 2.00 atau x. Ingat dekat ke dari Jalan Duta pergi Uni dia ni.. Nasib baeklah aku pro pasal jalan2 yg kurang sesak di KL ni. Kalau x, asyik sangkut ajelah. Itu pun sebab selalu naik motor bila keluar dgn pak su Harith yg kedekut tu.

Sebaik saja sampai kat depan uni Firash, Farish memberhentikan motosikalnya. Bila Firash ingin bersalam dan mengucapkan terima kasih, Farish hanya mengangguk saja. Tatkala Firash mengeluarkan not RM50 utk diberikan sbgai hadiah, Farish pantas saja berlalu sambil mengangkat tangan.

Pelik sungguh mamat ni. Firash hanya berkata dalam hati sambil menghantar pandangan ke arah motosikal Farish yg laju menderum. Hai... pengalaman pertama jadi penumpang motor mat rempit, bercampur baur perasaan. Syok ada, tapi kecutnya yg lebih.

~~~~

Petang minggu yang damai. Similir angin bertiup nyaman, membawa bau-bauan dari pohon yang berbunga di sekitar tasik. Farish bersendirian di Taman Tasik Permaisuri. Tanpa sesiapa disisi. Tak ada kengkawan ataupun saudara yang menemani. Macam mana dia boleh tercampak di tepi tasik ni pun, dia tak berapa nak ingat. Tahu-tahu saja dia sudah bersendirian bersama motor kapcainya. Bersendirian memang membosankan. Lone,lonely, so lonely! Nasib baiklah dia membawa teman sejati yang selalu menjadi penawar di kala duka dan menjadi penghibur di kala lara.

Farish menyelak setiap muka surat majalah G3 keluaran terbaru Kumpulan Media Karangkraf. Dia membaca dan kemudian ketawa sendiri. Memang itulah kerjanya bila ada masa lapang selepas “Merdeka” daripada SPM yang dia hadapi tahun ini. Terbongkok-bongkok Farish menatap majalah itu dengan penuh asyik tanpa mempedulikan orang lain yang lalu-lalang dengan aktiviti masing-masing. Dia bagaikan tenggelam di dalam dunia kartun yang penuh humor itu. Sesekali bergema gelaknya.

Tiba-tiba bahunya Farish ditepuk. Terkejutnya bukan main lagi sampai tercampak majalah di tangan. Farish mengutip majalahnya, kemudian mendongak. Kus semangat! Melabuk jangtungnya berdegup. Tak sangka pula terjumpa Tuan Punya Kereta Katak yang handsome tu -,- . Mana lagi nak lari?

“Sorry, buat kau terkejut.” Firash menyapa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Ah... sudah! Macam mana nk bersalam? Tak terfikirlah pula ada orang akan bersalam dengannya. Ah.. lantak ar! Tanpa berfikir panjang, Farish menghulurkan tangan untuk menyambut salam jejaka dihadapannya itu.

“Sorang ke?”

Farish senyum sambil menunjukkan jari telunjuknya. Simbol satu. Padan muka! Suka sangat menipu jadi bisu,penyudahnya terpaksa jadi bisu setiap kali jumpa tuan punya kereta katak tu. Manalah tahu asyik nak terjumpa mamat ni aje. Kalaulah tahu asyik nak terkantoi, taubat aku tak nak menipu lagi. Betuk kata Umi, orang menipu ni selalu hidup tak senang.

“Mana kawan2 yg lain?”

Farish terpaksa menggunakan bahasa isyarat. Jenuh dia bengkok, tegak, ke depan, ke belakang dan jari-jemarinya. Entah betul ke tidak. Kadang2 dia sendiri naik ketawa mengenangkan bahasa isyarat yg dia buat, entah apa2. Kalau org cacat pendengaran tengok, pasti dia orang pun gelong melihat bahasa isyarat yg dia buat.

“Boleh saya duduk kat sini?”

Bulat mata Farish bila mendengar permintaan Firash. Nak buat lagu mana lagi, dah terkantoi ni kenelah bagi, nanti dikatakan sombong pula. Bahislah kekusyukan dia mentelaah majalah kesayangannya itu. Belum pun Farish mengizinkan, Firash dah pun duduk di sebelahnya, di atas bangku panjang yang menghadap tasik. Wah, romantiknya!

“Awak baca apa tu?”

Farish tersengih sambil menghulurkan majalah G3. Rasa malu pun ada. Sudah besar panjang macam ini masih lagi baca benda yg x berfaedah.

“Oh, Majalah G3 terbaru ke? Patutlah saya tengok awak bukan main asyik lagi membaca.”

Farish hanya tersengih sambil mengangguk. Sudah macam burung belatuk jek. Dalam diam, Farish merenung ke arah Firash yg tumpang tui membaca majalah itu. Hai... dah buat harta sendiri nampak?
Sesungguhnya, lelaki di sebelahnya ini adalah ciptaan ALLAH yg amat sempurna. Tubuh badannya yg tinggi sasa, rupa parasnya yg kacak menawan, dan kulitnya yg putih bersih, cukup memikat hati sesiapa yg melihatnya. Poster boy gitu!

Tapi, kenapa pulak jejaka sempurna seperti Firash ni nak berkawan dgn aku yg x punya apa2? I say man... rasa canggung pula bila duduk melepak dgn org handsome ni, mcm ada yg x kena aje! Maklumlah, yg seorang ni nmpk mcm sngt hebatnya, dan yg seorang lagi nampak sikit “kureng + Poyoss”

Tiba2 Farish terdengar bunyi benda jatuh di belakangnya, kemudian diiringi bunyi tangisan. Dia pantas menoleh. Rupa2nya ada budak jatuh tertiarap di atas jalan. Tanpa berlengah lagi, Farish berlari mendapatkan kanak2 itu yg sedang mengangis kesakitan.

“Jangan menangis, sayang! Orang cantik dan pandai tak nangis, sikit aje... Sabar ya?” Farish mmbisik perlahan.

Kanak2 perempuan itu legat melihat wajah org yg x dikenalinya, tapi air matanya masih berjuraian.

“Siapa nama adik?” Farish bertanya anak kecil itu.

“Aisyah.”

“Berapa umur adik?”

“Empat tahun.”

Tersenyum Farish mendengarnya.

“Mana Mak?’ Anak kecil itu menunjuk dgn tangan comelnya ke arah sebuah keluarga yg sedang berkumpul.

“Jom, kita jumpa mak.” Farish mendukung kanak2 tersebut, lalu berjalan menuju ke arah kelompok manusia yg dimaksudkan oleh Aisyah.

“Assalamualaikum.”

“Ini anak akak ke? Saya jumpa dia jatuh tertiarap kat hujung sana tu. Tu, hah.. lututnya berdarah sikit.”

Seorang perempuan muda lewat 20-an, agak terkejut bila diberitahu tntang keadaan anaknya.

“Ya ALLAH, akak x sedar pun dia xde. Akak ingatkan dia bersama dgn abg2 dia kat playground tu.. ya ALLAH... terima kasih banyak2, dik.”

“bahaya akak dia merayap seorang diri. Zaman sekarang ni, manusia berhati syaitoon ramai, kat mana2 pun ada, bukan kita kenal! Takut pula sapa apa2 terjadi pada Aisyah.”

“Betul tu, dik... Akak pun takut, tapi Aisyah ni jenis tak tahu takut, terlampau berani, lepas tu pula mudah mesra dgn org yg x dikenali. Nasib baik dia jumpa dgn adik, kalau terjumpa dgn org jahat, tak ke naya akak. Oh.. Simpang malaikat 44.”

“Kalau mcm tu, akak tak boleh terlepas pandanglah, kene awasi dia selalu.”

“Ya, dik.. in shaa ALLAH akak akan selalu awasi dia sbb akak tahu dia ni jenis lasak, hiperaktif dan x dengar kata.”

Macam menyindir aku ajek.. Teringat lak dgn Mat Bangla yg pernah menyindirnya, dey bayyaa... itu cili pedas mmg ada rasa! HAHAHAHHAA

“Biaselah, akak.. nama pun buak2, mana reti diam, saya kecil2 dulu pun macam tu jugak. Lasak sangat, tapi kat kampung kuranglah sikit bahayanya.”

“Eh, lupa nak tanya.. adik ni siapa nama?”

“Saya Farish.”

“Owh.. Hmmm, Farish, meh lah join akak dgn anak2. Akak ada bawak makanan ni, blhlah kita makan sambil berborak-borak.”

“Tak apalah, akak... saya ada kawan kat sana tu. Saya pergi dulu ya, dah lama kawan saya tunggu.”

“Oh ye ke? Trima Kasih banyak, adik.. Semoga ALLAH merahmati dan memberkati adik.”

“Amin akak.” Farish berlalu sambil melambaikan tangannya kpd Aisyah dan anak kecil itu membalasnya. Ada tusukan rasa bahagia di hatinya bila melihat senyuman ikhlas daripada Aisyah itu.

Dari jauh, Firash memerhati gelagat Farish. Ada tanda soal besar mula tertonggok di kepalanya. Siapakah Farish yg sebenarnya? Bila melihat cara Farish berhubungan dgn budak perempuan tadi, kelihatan dia seperti bertanya, dan anak itu menjawab. Begitu juga semasa berjumpa dengan ibu kepada anak tersebut. Farish tidak menggunakan bahasa isyarat sebagaimana yg diperlakukan terhadapnya. Ish... Pelik betullah budak ni..

Tapi, sikap pelik Farish itulah yg selama ini membuatkan hatinya tertarik untuk kenal. Kalau selama ini dia dinilai pelik oleh adik-beradiknya, kali ini biar dia pula menilai Farish sebagai mamat pelik. Nak juga rasa jadi penilai.

Sesuatu yang menarik tentang Farish ialah dia mudah memberi pertolongan walaupun pada orang yg dia tidak kenali. Suatu kehebatan peribadi yg sukar dimiliki remaja masa kini, kerana masyarakat sekarang sudah hilang sifat ithar. Iaitu sifat mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Sifat ithar yg diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya demi untukmemelihara kerukunan hidup bermasyarakat.

“Kenapa dengan budak tu?” Firash bertanya sebaik saja Farish melabuhkan punggung di sebelahnya.

Farish tetap memegang rahsia dirinya dengan tidak menjawab, lalu dikeluarkan buku catitan dan dia menulis sesuatu. Nak lebih-lebih guna bahasa isyarat pun, nanti takut tercucuk hidung sendiri. Al-maklumlah, tidak pernah pergi kursus.

“Biasalah budak nakal, suka merayau2 sendiri. Tak tahu takut.” Firash membaca tulisan Farish yg sememangnya buruk macam cakar ayam.

“Budak tu macam awak, kan?” Firash memperli sambil ketawa. Saja nak kenakan Farish, manalah tahu Farish tak tahan kene sindir maka terkeluarlah segala bahasanya. Tapi Farish tetap cool, dia hanya menyeringai tanpa respons.

“Tak, saya budak baik.”

Makin galak Farish menulis, makin seronok Firash membaca.

“Tak malu, masuk bakul angkat sendiri.” Firash mencebik sambil ketawa.

Geli hati Farish melihatnya, rasa nak ketawa kuat2.

“Tak apa, bakul plastik ringan ajee, lagipun kalau sendiri tak angkat, siapa lagi mau angkat? Sendiri mau ingat! Laju Farish menulis.

“Kalau x ada orang nak angkat, biar saya angkat, kemudian saya humban awak dalam tasik ni, setuju?” Firash ketawa nakal.

Boleh tahan nakal jugak mamat nie. Farish mencapai kertas lalu melukis lakaran kartun dan menulis sesuatu.

“Oh... awak pandai melukis.”

Kuat Firash ketawa bila melihat lakaran kartun mengenai dirinya yg terjatuh ke dalam tasik bersama bakul yang dijunjung. Puas hati! Senyum Farish menggulung di bibir bila dapat mengenakan Firash, manakala Firash belum habis ketawanya dengan lawak selamba Farish walaupun tanpa kata2. Kalau Charlie Chaplin masih hidup, pasti dia suruh sign kontrak.

Saat Farish leka melukis lakaran kartun, Firash mencuri pandang ke arah raut wajah empunya lakaran, entah mengapa dia menjadi senang setiap kali menatapnya. Pada pertemuan pertama dahulu pun sudah ada rasa senang bila berhubung dengan Farish walaupun hanya atas coretan kertas. Mungkin itulah kelebihan Farish.

Tiba2 Farish mengangkat muka. Pandangan mata mereka bertembung seketika. Bening mata Farish melihat anak mata Firash yg menikam jauh ke dalam anak matanya dan tertusuk ke ulu hati. Suatu arus rasa aneh yg sedang mengalir laju dlam urat sarafnya. Cepat2 Farish melarikan pandangannya.
Firash seakan tersedar daripada kesilapannya. Ya ALLAH, takkan aku jatuh hati pada kaum jenisku sendiri? Firash menyoal hatinya yang dalam kekeliruan. Ya ALLAH, jauhkan aku daripada sifat fahisyah, kekejian!

Bila senja merangkak tiba, mereka pun berpisah mengikut haluan masing2. Dalam hati Farish. Dia berharap tidak akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut. Biarlah kenangan indah hari ini berakhir di situ saja, tak perlu ada kesinambungan. Dia berjanji tidak akan melayani Firash lagi walaupun lelaki itu telah berjanji akan datang menemuinya. Yang pasti, pelbagai masalah baru akan timbul jika mereka selalu berhubungan walaupun sebagai teman biasa.

Farish sudah nekad untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjauhi Firash. Biarlah semuanya menjadi kenangan indah buatnya. Dia turut berpesan kepada Pak su agar memberitahu Firash bahawa dia pergi melanjutkan pelajaran seandainya Firash ada bertanyakan tentang perihal dirinya. Farish berharap agar dia dapat melupakan Firash buat selama-lamanya. Orang yg baik seperti firash tidak layak untuk orang seperti aku. Ya ALLAH, ENGKAU selamatkanlah Firash daripada terjatuh kedalam lembah kekejian sepertiku ini. Kaum yg tidak diakui umat oleh Rasulullah SAW.

****

Masa Kini

Astagfirullahal a’zim.. Firash terjaga dari lamunannya. Laporan yg dipegangnya sedari tadi dibeleknya semula. Firash tergelak melihat tulisan pada laporan tersebut.. Tulisan Farish yg sememangnya buruk macam cakar ayam.

“Farish.. Andai saja kau ingat dengan aku.. Andai saja kau tahu yg aku sentiasa mencari kau sejak kau pergi dulu.. Namun hakikatnya, kau tidak pernah ingat dengan aku. Seribu satu cara sudah aku lakukan untuk membuatkan kau ingat semula.. Tapi hasilnya, aku hanya membuatkan kau makin benci dengan aku. Mungkin kau benar2 membuang segalanya tentang aku dari hidup kau” keluh Firash dalam hati.

“Ya ALLAH, salahkah tindakanku membuat keputusan drastik tanpa berfikir tentang perasaan Farish. Adakah aku hanya mementingkan diriku sahaja. Ya ALLAH, ampunilah hambamu ini.” Firash meraup mukanya.

To Be Continued